“Nampak Sangat Nak Elak Cukai” – Netizen Persoal Kaedah Pembayaran Kedai Pizza Milik Jofliam

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 23 Jul 2026 10:02:42

Seorang individu di Threads mencetuskan perbincangan selepas mempersoalkan kaedah pembayaran yang didakwa digunakan usahawan sensasi, Jofliam, bagi perniagaan Pizza Wagyu miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa pelanggan membuat pembayaran terus ke akaun peribadi Jofliam melalui QR Pay, walaupun pembelian itu turut dikenakan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Advertisement

JOFLIAM

Susulan itu, dia menggesa pihak pengurusan pusat beli-belah menyemak kaedah pembayaran yang digunakan oleh vendor berkenaan.

Menurut dakwaannya, jika benar pembayaran dibuat terus ke akaun peribadi, perkara itu boleh menimbulkan persoalan berhubung pematuhan cukai serta pengurusan kewangan sesebuah perniagaan.

sds

“Berkenaan vendor Pizza Wagyu Jofliam, adakah anda tahu mengenai pembayaran terus melalui QR Pay ke akaun peribadi dia? Malah, Jofliam turut mengenakan caj SST.”

Individu itu turut mendakwa situasi berkenaan berpotensi menimbulkan beberapa isu, termasuk pengelakan cukai, kegagalan melaporkan pendapatan sebenar, pemalsuan rekod, tuntutan perbelanjaan yang tidak sah atau transaksi yang meragukan sekiranya dakwaan tersebut benar.

Selain itu, dia turut mempersoalkan mengapa pembayaran tidak dibuat ke akaun bank perniagaan seperti yang lazim digunakan oleh kebanyakan usahawan.

“Dicanang sebagai ‘Pizza Wagyu RM99 terbaik di dunia’, tetapi tiada akaun bank perniagaan dan pembayaran pula dibuat ke akaun peribadi.”

Setakat ini, Jofliam masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan yang tular di media sosial itu. Perlu ditegaskan bahawa dakwaan tersebut datang daripada seorang pengguna media sosial dan belum disahkan oleh pihak berkuasa atau mana-mana agensi berkaitan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang alin pada pautan di bawah.

2026-07-23 11:26:00

Noor Kartini Luaskan Perniagaan, Jual Sambal Nasi Ayam 150ml Harga RM18 Sebotol Pula

“Nampak Sangat Nak Elak Cukai” – Netizen Persoal Kaedah Pembayaran Kedai Pizza Milik Jofliam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts