XBOX Backward Compatibility Kini Di PC, Bermula Dengan 4 Permainan Klasik

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 23 Jul 2026 04:00:23

Microsoft memperkenalkan XBOX Backward Compatibility on PC, membolehkan pemain memainkan semula permainan XBOX klasik di PC serta peranti mudah alih permainan seperti ROG XBOX Ally dan XBOX Ally X.

Buat masa ini, program tersebut dilancarkan dengan empat judul iaitu BLiNX: The Time Sweeper, Conker: Live and Reloaded, Crimson Skies: High Road to Revenge dan Fuzion Frenzy. Microsoft memaklumkan senarai permainan akan diperluaskan dari semasa ke semasa.

Keempat-empat permainan ini boleh dibeli di PC dan turut disertakan dalam semua pelan XBOX Game Pass. Bagi pengguna yang sudah memiliki lesen digital di konsol XBOX, lesen sama kini boleh digunakan di PC dan peranti mudah alih permainan menerusi XBOX Play Anywhere. Permainan juga boleh dimainkan merentas konsol XBOX, XBOX Cloud Gaming, PC dan peranti mudah alih permainan.

Microsoft turut menambah beberapa ciri bagi meningkatkan pengalaman bermain, termasuk peningkatan resolusi sehingga 4x ganda, sokongan VSync, anti-aliasing yang dipertingkat, mod paparan skrin penuh dan bertetingkap, tapisan anisotropic serta tetapan bahasa dan audio yang boleh disesuaikan.

Menjelang hujung tahun ini, sokongan Achievements juga akan diperkenalkan untuk permainan XBOX klasik terpilih di PC dan konsol, termasuk empat judul yang dilancarkan hari ini.

Keperluan minimum

Bagi menjalankan XBOX Backward Compatibility di PC, pengguna memerlukan sekurang-kurangnya Windows 11, RAM 8GB, memori grafik (VRAM) 4GB serta GPU seperti Nvidia GTX 950, AMD Radeon RX 550 atau Intel Arc A310. Selain itu, PC juga perlu menggunakan pemproses 4 teras dan 8 bebenang kuasa seperti Intel Core i3-10300, AMD Ryzen 3 3100 atau AMD Ryzen Z2 A.

Untuk prestasi yang lebih baik, syarikat itu mengesyorkan GPU Radeon RX 6800, Nvidia GTX 1070 Ti atau Intel Arc A770, bersama pemproses 6 teras dan 12 bebenang kuasa seperti Intel Core i5-10400, AMD Ryzen 5 3600 atau AMD Ryzen AI Z2 Extreme. PC juga disyorkan mempunyai VRAM 8GB serta menggunakan pemacu grafik terkini setakat Januari 2026.

{suggest}

XBOX Backward Compatibility Kini Di PC, Bermula Dengan 4 Permainan Klasik WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts