(TAKZIAH) Pelakon Impian Illyana, Lydia Ibtisam Meninggal Dunia

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 23 Jul 2026 10:02:44

Pelakon Lydia Ibtisam dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Khamis, hanya beberapa jam selepas berita mengenai keadaan kesihatannya yang kritikal menjadi perhatian ramai.

Berita pemergian Allahyarham disahkan menerusi satu hantaran di Threads oleh pelakon Mimi Ernida yang memaklumkan Lydia telah menghembuskan nafas terakhir.

Advertisement

Pemergian pelakon itu nyata meruntun hati ramai, apatah lagi sebelum ini sahabat baiknya, Elliza Razak, memohon orang ramai mendoakan kesihatan Lydia yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi penyakit autoimun dan jangkitan kuman sehingga menjejaskan fungsi organ dalamannya.

Terdahulu, Elliza turut berkongsi bahawa Lydia telah beberapa kali menerima rawatan di hospital sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot. Beliau turut mengajak orang ramai mengadakan solat hajat dan mendoakan agar sahabatnya diberikan kesembuhan.

Meninggal dunia lydia ibtisam

Pemergian Lydia mengundang rasa sedih dalam kalangan rakan artis dan peminat yang membanjiri media sosial dengan ucapan takziah serta doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga Allahyarham Lydia Ibtisam diampunkan segala dosanya, diluaskan kuburnya dan dikurniakan tempat terbaik di sisi-Nya. Al-Fatihah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lydia ibtisam
2026-07-23 10:10:04

Hidap Penyakit Autoimun, Pelakon Lydia Ibtisam Kini Kritikal Di Hospital

(TAKZIAH) Pelakon Impian Illyana, Lydia Ibtisam Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts