Anthropic Disaman Sony dan Warner Kerana Didakwa Langgar Hak Cipta Muzik

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 30 Aug 2026 10:30:48

Anthropic berhadapan satu lagi saman ganti rugi besar melibatkan pelanggaran hak cipta muzik yang digunakan untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka. Kali ini giliran Sony Music Publishing (SMP) dan Warner Chappell Music (WCM) pula disaman dengan nama pengasas Anthropic Dario Amodei dan Benjamin Mann disenaraikan sebagai defendan.

Saman difailkan di California dengan Anthropic kini disaman oleh kesemua syarikat rakaman muzik utama dunia dengan ganti rugi yang diminta mencecah berbilion dolar. Sebelum ini telah kami laporkan Anthropic telah disaman oleh Universal, Concord, ABKCO, BMG, dan Round Hill Music. Selain didakwa menyalahgunakan muzik, Anthropic juga disaman kerana menggunakan lirik lagu tanpa kebenaran pemegang IP.

Antropic dikatakan menggunakan perkhidmatan torrent menerusi LibGen dan Pirate Library Mirror untuk mencetak rompak lagi dan mengikis pangkalan data MusixMatch, LyricFind, Common Crawl, dan The Pile untuk lirik lagu.

Sony dan Warner menuntut ganti rugi statutori $150,000 untuk setiap karya yang dilanggar, serta tambahan $25,000 bagi setiap pelanggaran maklumat pengurusan hak cipta. Kedua-dua syarikat turut menuntut semua salinan karya yang dilanggar dimusnahkan dan mendedahkan data latihan Claude.

Music Business Worldwide

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts