by Oh! Semput
Huawei akan mengadakan acara khas pada 7 September bagi melancarkan peranti skrin trilipat terkini mereka Huawei Mate XT 2. Kali ini rekaan skrin lipat bukan lagi menggunakan engsel berbentuk Z tetapi menyamai rekaan Galazy Z Trifold. Ini bermakna ia mempunyai satu skrin lipat dan sebuah skrin sekunder di bahagian luar.

Dalam video acah yang dikongsi oleh Huawei, peranti ini mengekalkan rekaan bonggol kamera berbentuk oktagon.Tiada maklumat mengenai spesifikasi tetapi ura-ura mengatakan ia bakal dilengkapi cip Kirin 9050 Pro, trikamer 50+12+12 MP yang sama dengan Mate XT dan bateri 6000 mAh.

Selain itu Huawei Mate XT 2 akan menggunakan sistem operasi HarmonyOS 7. Dengan rekaan baharu ini, isu skrin lipat yang kurang tahan lasak pada versi terdahulu dapat diselesaikan. Tahun lalu Mate XT dilancarkan di Malaysia pada harga RM14,999 sebuah. Maka bolehlah diramakkan Mate XT 2 juga akan dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.