by Oh! Semput
Bermula 1 September, kuota untuk Budi95 kembali semula ke 300 liter sebulan berbanding penyelarasan semula 200 liter yang diperkenalkan pada Jun lalu disebabkan krisis Asia Barat menyebabkan bekalan petroleum berkurangan. Pengumuman dilakukan Perdana Menteri Dato’s Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di PICC.

Selain kuota Budi95 lebih tinggi, lima lagi ikhtiar segera akan diperkenalkan kerajaan bermula 1 September, seperti BUDI Diesel menikmati sehingga 400 liter sebulan. Peruntukan penyelenggaraan sekolah tahun 2027 meningkat 50% ke RM1.5 bilion, melibatkan semua aliran termasuk SK, SJKC, SJKT, sekolah agama, tahfiz, pondok dan pendidikan khas.
Dari sudut teknologi pula, Program AI Untuk Rakyat diperluaskan kepada belia 18–30 tahun. Seramai 100,000 belia yang berjaya melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan percuma aplikasi kecerdasan buatan (AI) selama tiga bulan seperti,Gemini Enterprise, IlmuChat, MuleRun dan Wonderclip. MCMC pula akan menyediakan RM1 bilion untuk sistem Rekod Perubatan Elektronik dan peningkatan internet di 150 hospital dan lebih 2000 klinik kesihatan.

Ambang pengecualian e-Invois turut dinaikkan daripada RM1 juta ke RM3 juta setahun, memberi kelonggaran kepada perniagaan kecil. Geran Sejahtera MADANI sebanyak RM200 juta diperkenalkan untuk penjaja, peniaga kecil, pasar malam, dan ibu berniaga dari rumah. Akhir sekali kerajaan meningkatkan kemudahan pembiayaan mikro dari RM5 biluon ke 6 bilion untuk 2026.