Harga Langganan Apple TV dan Apple One Dinaikkan

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 30 Aug 2026 10:30:49

Harga langganan Apple TV dan Apple One telah dinaikkan di Amerika Syarikat minggu ini dengan ia adalah petanda ia mungkin akan turut dinaikkan juga di negara lain. Di Amerika Syarikat, langganan Apple TV kini $14.00 naik $2 untuk pelan bulanan dan $119.99 untuk pelan tahunan naik $20.

Pelan langganan Apple One secara individu pula kini $21.95 sebulan juga meningkat $2 daripada harga terdahulu. Peningkatan harga adalah secara serta merta di Amerika Syarikat. Harga baharu diumumkan beberapa minggu selepas Apple mula menawarkan filem daripada studio pihak ketiga di beberapa pasaran. Malang sekali ini tidak ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia.

Semasa dilancarkan sebagai Apple TV+ pada tahun 2019, Apple hanya menawarkan kandungan yang diterbitkan sendiri. Langkah yang berbeza dengan Netflix, Prime Video dan HBO Max yang menawarkan kandungan studio luar secara bersilih ganti.

Di Malaysia kali terakhir harga Apple TV dinaikkan ialah pada tahun 2022 ke RM29.90 berbanding RM19.90 sebelum ini. Harga langganan Apple One pula kali terakhir dinaikkan pada Oktober 2023 ke RM34.90 berbanding RM29.90 sebelum itu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts