Honor Perkenal Penjenamaan Dan Logo Baharu

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 24 Jul 2026 14:03:56

Honor, jenama telefon pintar terkemuka dari China, hari ini mengumumkan pengenalan penjenamaan serba baharu, bersama-sama dengan penggunaan logo baharu.

Logo baharu Honor kini berbentuk bulat, dan hadir dengan “pecahan”. Honor melalui perkongsian mereka menyatakan penjenamaan ini memperlihatkan Honor yang sentiasa mencuba perkara baharu, dan tidak berhenti selepas sesuatu perkara mencapai tahap “sempurna”. Ini turut dibuktikan melalui penyertaan Honor dalam arena robotik, selain turut memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan serba baharu, iaitu Honor Robot Phone.

Bersama-sama dengan pengenalan logo ini juga, Honor menggunakan slogan “Dare To Be”, dan memperlihatkan kedudukan jenama berkenaan yang kini mencabar norma biasa dalam industri teknologi.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan logo baharu Honor ini?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts