Honor Robot Phone Akan Dilancarkan Pada Ogos 2026

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 24 Jul 2026 14:03:56

Bersama-sama dengan pengenalan logo baharu Honor, kini pengeluar telefon terkemuka dari China berkenaan turut mengumumkan akan melancarkan Honor Robot Phone secara rasminya pada bulan Ogos 2026 ini.

Langkah ini selari dengan penjenamaan “mencabar norma” mereka yang baharu, sekaligus Honor Robot Phone dilihat sebagai produk yang sesuai untuk pengenalan berkenaan.

Sebelum ini, Honor telah mempertontonkan telefon pintar ini pada Mac 2026 yang lepas, selain baru-baru ini pemain sepanyol dilihat menggunakan telefon pintar baharu ini. Honor Robot Phone hadir dengan bahagian kamera belakang yang boleh dibuka dan didirikan melalui gimbal kamera 3-axis yang terdapat padanya.

Honor turut melengkapkan ia dengan sokongan perisian seperti AI Object Tracking dalam memastikan kamera bergerak mengikut objek yang telah diprogramkan, sekaligus menghasilkan rakaman yang lebih menarik. Menariknya juga, telefon pintar ini turut boleh berinteraksi dengan manusia, dan mempunyai emosi khusus.

Dengan pengumuman rasmi ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan apakah yang bakal ditawarkan melalui telefon pintar ini, disamping spesifikasi dan sebagainya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts