Semangat Merdeka Di China, MiSHA & NCC Perkukuh Kerjasama Keselamatan Industri Malaysia-China

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 30 Aug 2026 13:31:05

Delegasi MiSHA dan wakil Nanjing Chemical Construction Co. Ltd. (NCC) bergambar bersama di hadapan bangunan syarikat di Nanjing, China sempena lawatan rasmi dan kerjasama dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Nanjing Chemical Construction Co. Ltd. (NCC) di Nanjing, China bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Delegasi MiSHA melawat tapak pembinaan NCC di China sambil memakai topi dan vest keselamatan, serta menerima penerangan mengenai peralatan dan amalan keselamatan industri di lokasi projek.

Advertisement

Delegasi MiSHA yang diketuai Naib Presidennya, Ts. Abd Mutalib Abd Gapar memberi tumpuan kepada pertukaran kepakaran teknikal, pemindahan teknologi serta perkongsian amalan keselamatan bagi industri kimia dan pembinaan berisiko tinggi.

Teroka Teknologi Keselamatan Moden NCC

Antara teknologi yang menarik perhatian delegasi ialah dashboard pemantauan KKP secara masa nyata, mesin kimpalan mudah alih serta penggunaan Building Information Modelling (BIM).

Mesin kimpalan tersebut membolehkan sebahagian proses dilakukan di aras tanah dan dilihat mampu mempercepatkan proses kimpalan sehingga hampir 50 peratus berbanding kaedah konvensional.

BIM pula digunakan untuk memastikan ketepatan pembinaan, mengenal pasti perbezaan antara reka bentuk dan keadaan sebenar serta membantu merancang aspek keselamatan lebih awal.

NCC turut menggunakan simulasi digital bagi aktiviti heavy lifting untuk menilai kedudukan kren, laluan pergerakan beban, radius pengangkatan dan potensi halangan sebelum operasi sebenar dilakukan.

Perkukuh Hubungan Malaysia-China Dalam Bidang KKP

Selain teknologi, MiSHA turut melihat beberapa langkah keselamatan praktikal termasuk sistem amaran pembesar suara ketika heavy lifting, perlindungan papan agihan elektrik sementara, sistem cucian kenderaan automatik serta kawalan habuk di tapak pembinaan.

Timbalan Pengurus Besar NCC, Fang Xiangqian menyatakan sokongan terhadap kerjasama bersama MiSHA dan berharap pertemuan itu membuka ruang kepada lebih banyak pertukaran kepakaran, teknologi serta amalan terbaik antara kedua-dua pihak.

Lawatan itu dijangka menjadi antara pemangkin kepada perkongsian pengetahuan serta adaptasi amalan terbaik bagi meningkatkan lagi piawaian keselamatan industri dan pembinaan di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah dan ikuti perkembangan persediaan Sukan Asia.

azizulhasni
2026-08-30 09:06:08

Majlis Sukan Negara Bidas Datuk Azizulhasni Awang, Sifatkan Atlet Berbasikal Itu Tidak Bertanggungjawab

Semangat Merdeka Di China, MiSHA & NCC Perkukuh Kerjasama Keselamatan Industri Malaysia-China first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts