(Video) Luar Biasa, Unitree Tayang Robot Anjing Beroda, Mampu Bergerak Lincah Sejauh 30 KM

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 24 Jul 2026 11:00:28

Unitree memperkenalkan model robot anjing baharu dikenali sebagai Super Athlete AS2-W.

Robot berkaki empat generasi baharu ini membawakan kombinasi kelajuan, kekuatan, dan ketahanan yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Apakah yang membuatkannya begitu mengagumkan?

Dengan kaki empatnya dilengkapi roda, AS2-W berupaya bergerak lincah dengan sangat lancar dan tangkas meredah pelbagai bentuk muka bumi yang sukar.

Bukan sekadar lincah, ‘atlet robotik’ ini juga sebuah jentera kerja yang gagah apabila ia mampu membawa beban sehingga 16 kilogram secara berterusan tanpa mengurangkan prestasi gerakannya.

Unitree Super Athlete AS2-W ini mampu menahan beban seberat 180kg.

Malah, ia berupaya mengembara melebihi 30 kilometer dengan sekali cas apabila tidak membawa beban, menunjukkan keupayaannya yang luar biasa bagi tugasan jarak jauh.

Daripada keupayaan fizikal yang mantap hingga kelincahan seperti atlet, Unitree Super Athlete AS2-W dilihat sebagai teknologi robotik yang bakal mengubah kehidupan manusia.

{suggest}

(Video) Luar Biasa, Unitree Tayang Robot Anjing Beroda, Mampu Bergerak Lincah Sejauh 30 KM WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts